Meta-State Engineering ™ ialah ilmu kecemerlangan diri serta komunikasi yang mempengaruhi lahir daripada penyelidikan Meta-States. Kandungannya meliputi Neuro-Linguistic Programming (NLP), Neuro-Semantics (NS), Hipnosis dan sebagainya.
Sunday, September 16, 2012
Dr AK: Sikap atau "Straight As"?
Saya pernah terbaca kenyataan yang mengatakan kajian dari Harvard University menunjukkan 85% kejayaan bergantung kepada sikap, cuma 15% bergantung kepada kemampuan (akademik).
Peta dalam minda saya mengambarkan pelajar sekolah seeloknya diberi perhatian kepada pembentukan sikap dan akhlak lebih dari hal akademik. Mereka perlu tahu bagaimana menghormati guru, ibu-bapa dan rakan-rakan, tahu mengatasi tekanan dalam hidup, tahu menerima dan menghadapi "kegagalan", tahu berkomunikasi secara efektif, tahu berdikari, tahu bertangung-jawab dan tahu melakukan kerja-kerja rutin serta bersemangat melakukan sebarang kerja yang diberi.
Baru-baru ini saya berbincang dengan seorang sahabat mengenai arah tuju pendidikan negara, isu pelajar UPSR tidak dibenarkan masuk dewan peperiksaan. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah pendapatnya tentang sikap orang kita (ibu-bapa dan guru) yang terlalu memberi penekanan kepada "Straight As", seolah-olah pelajar adalah "ayam sabung" yang perlu membawa pulang kejayaan untuk sekolah dan keluarga. Jika sudah ada harapan untuk "gagal", tidak boleh masuk "bertanding". Ujian dianggap sebagai satu pertandingan, bukannya sebagai satu wadah untuk melihat kemampuan dan memperbaiki kelemahan.
Saya teringat satu andaian dalam NLP, "Tiada kegagalan, yang ada cumalah maklumat (feedback)". Jika tidak "gagal" 1000 kali, Thomas Edison tidak berjaya mencipta mentol.
Mungkin hasil dari pertandingan ini (UPSR, PMR, SPM, Ijazah) bagi yang berjaya atau golongan "straight As" ini ialah pekerja yang "hebat", yang sukar ditegur, yang sukar menerima "kegagalan" dan yang tidak menerima pendapat orang lain manakala bagi yang "gagal" pula, hidup mereka merudum ke arah yang negatif seperti terlibat dengan kegiatan merempit, kaki-lepak dan lain-lain. Ini adalah apa yang saya visionkan jika elemen "sikap" tidak diambil berat. Inikah outcome yang kita kehendaki dan inikah pengajaran yang ingin kita sampaikan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment