Sunday, September 9, 2012

Dr AK: "Meta-State Engineering"

 

Meta-State Engineering ™ ialah trademark untuk bidang ilmu yang bersumberkan Neuro-Linguistic Programming (NLP), Neuro-Semantics (NS), Law of Attraction, Hypnotherapy dan lain-lain yang dikembangkan melalui training dan coaching. Saya berpendapat semua ilmu tersebut melibatkan "Meta-States" samada disedari atau tidak.


Kelakuan (behaviour) terjadi apabila kita memberi beberapa lapisan makna yang melibatkan fikiran dan perasaan kepada stimulus (external event) setelah berlaku aktiviti penapisan (delete, distort dan generalize). Untuk menghasilkan kelakuan yang dikehendaki, sebagai fasilitator, kita perlu merekabentuk (design) beberapa lapisan makna yang abstrak dalam minda tak sedar menggunakan bahasa kabur (bahasa Milton).

"Merekabentuk" adalah tugas yang biasa dilakukan oleh jurutera dan selayaknya dianggap sebagai "Engineering". Oleh itu, istilah Meta-State Engineering ™ adalah bersesuaian dengan tugas seorang "jurutera minda" terutamanya yang mengadaptasi pendekatan Neuro-Semantics oleh Dr. Michael Hall.

Bagi yang sudah biasa dengan pendekatan Neuro-Linguistic Programming (NLP) oleh Dr. Richard Bandler yang memberi penekanan kepada submodaliti dan predikat (VAK) untuk merekabentuk wayang minda (Internal Representation), istilah Design Human Engineering ™ dan Persuasion Engineering ™ telah digunakan secara meluas. Jadi bukanlah perkara yang baru untuk menggunakan istilah "Engineering" dalam bidang yang melibatkan minda.


No comments:

Post a Comment