Friday, September 7, 2012

Dr AK: Buku Richard Bandler dan Anthony Robbins

7 Sept. 2012. Selepas mesyuarat di UKM, saya menuju ke Putrajaya untuk melawat pelajar tahun tiga yang sedang melakukan Latihan Industri. Kedatangan saya disambut oleh Managing Director dengan ramah sekali. Dia pernah belajar di University of Pittsburgh, senior saya beberapa tahun. Banyak yang dibualkan mengenai kisah di Pittsburgh. Memang betullah, bila dengar cerita terutamanya mengenai sesuatu yang kita boleh "relate", minda bekerja dengan cepat dan kita berada dalam keadaan "trance", akhirnya masa berlalu terasa begitu cepat.



Di sebelah petang, saya ke Midvalley City pula untuk melawat seorang lagi pelajar di JKR, Cawangan Kejuruteraan Awam & Jambatan. Sementara menunggu waktu perjumpaan, saya singgah di MPH. Niat asal hendak beli novel "Negeri Lima Menara" karangan A. Fuadi versi Bahasa Melayu untuk buat ulasan mengenai penggunaan NLP dalam pembelajaran di PMD Gontor tapi sayangnya sudah habis. Saya perlu ke cawangan Alamanda kalau inginkan novel itu dengan segera. "Masih ada enam salinan lagi di MPH Alamanda" kata jurujual ketika menyemak inventori.

Ketika meninjau buku yang ada di atas rak, saya nampak buku "Guide to Trance-formation: Make Your Life Great" oleh Richard Bandler dan "Awaken Giant Within" oleh Anthony Robbins. Jadi saya beli kedua buku tersebut sebagai koleksi pribadi.   



No comments:

Post a Comment