Di Filipina, masyarakat kampung suka menangkap dan memakan ketam sawah. Ketam mudah ditangkap di malam hari dan biasanya dimasukkan ke dalam bekas tanpa diikat. Keesokan harinya, ketam-ketam ini akan direbus dan dimakan sebagai lauk untuk beberapa hari.
Ketam-ketam yang ditangkap selalu berusaha untuk keluar dari bekas sekuat tenaga dengan menggunakan penyepit yang kuat. Namun seorang penangkap ketam yang handal selalu tenang walaupun hasil tangkapannya selalu berusaha meloloskan diri kerana dia tahu betul perangai si ketam.
Bila ada seekor ketam yang hampir meloloskan diri keluar dari bekas, teman-temannya pasti akan menariknya lagi kembali ke dasar. Jika ada lagi yang naik dengan cepat ke mulut bekas, teman-teman akan menariknya turun… dan begitu seterusnya sampai akhirnya tidak ada yang dapat keluar.
Keesokan harinya penangkap ketam hanya perlu merebus mereka semua dan matilah sekawan ketam yang saling dengki itu. Sepatutnya ketam-ketam tersebut bekerjasama untuk kebaikan semua.
* Begitu juga dalam kehidupan ini… tanpa sedar kita juga kadang-kadang menjadi seperti ketam-ketam itu. Yang seharusnya bergembira jika teman atau saudara kita mengalami kejayaan, kita mencurigai, jangan-jangan kejayaan itu diraih dengan jalan yang tidak benar.
Apalagi di dalam bisnis atau hal lain yang mengandungi unsur pertandingan, sifat iri, dengki atau munafik akan semakin nyata dan kalau tidak segera disedari mungkin membunuh diri kita sendiri.
sumber: internet
No comments:
Post a Comment