Saturday, August 18, 2012

Dr AK: Bengkel NLP Untuk Penyelidik


Pengenalan

Penyelidik sentiasa berkomunikasi, contohnya membentangkan kertas cadangan dan hasil penyelidikan. Bagaimanakah caranya untuk berkomunikasi dengan efektif supaya pendengar dapat mencerap maklumat secara maksimum dan terpengaruh dengan penyampaian?

Apakah teknik dan perkara yang perlu dilakukan supaya penyelidik sentiasa berdaya sumber dengan idea-idea baru yang bernas dan mengelak terjadinya mental block?

Sebagai penyelidik terutamanya dalam program sarjana dan doktor falsafah, pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Apakah teknik yang terbaik untuk menangani emosi seperti kecewa, malas, bingung dan marah supaya sentiasa tegar di landasan dan bersungguh-sungguh meneruskan penyelidikan sehingga berjaya? 

Persoalan tersebut akan terjawab dengan mengikuti bengkel ini.

NLP (Neuro-Linguistic Programming) menerangkan dinamik asas antara minda (neuro) dan bahasa (linguistic) serta bagaimana interaksi antara mereka mempengaruhi badan dan tingkah laku (programming). NLP boleh diertikan sebagai kajian kecemerlangan manusia atau pendekatan praktikal dan ampuh untuk mengubah diri. Ada juga yang mengatakan NLP adalah komunikasi yang mempengaruhi.

Dengan menggunakan teknik yang ada dalam NLP seperti meta model, anchor, metaphor, neurological level dan lain-lain, transformasi minda boleh dilakukan untuk menjadikan penyelidikan berhasil. Berhasil boleh diertikan sebagai terhasilnya produk, paten, jurnal terindeks, atau yang lebih meriah iaitu ijazah sarjana atau doktor falsafah.


Objektif


Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan dengan menggunakan teknik NLP (Neuro-Linguistic Programming). Di samping itu, peserta akan mendapat sijil pentauliahan pengamal NLP dari Akademi NLP Malaysia (ANLPM).



"Transformasi Minda Ke Arah Penyelidikan Berhasil"
16 & 17 Julai 2012, Puri Pujangga, UKM Bangi

Fasilitator: 
Ir. Dr. Anuar Kasa
      (019-5029428)
Hanida Haron
             (013-2654898)
 Pada hari pertama, bengkel ini dikendalikan oleh Ir. Dr. Anuar Kasa, bermula dari
pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan bilangan peserta terhad kepada 20 orang sahaja.
 Peserta terdiri daripada pensyarah dan pelajar sarjana/PhD dalam bidang kejuruteraan awam, geologi, budaya, pengajian sekitaran dan perniagaan. Bengkel ini melibatkan pensijilan Certified ‘NLP for Researhers’ Practitioner, Akademi NLP Malaysia (ANLPM)
 NLP dapat membantu penyelidik untuk menyelesaikan masalah, membuka minda dan memotivasikan diri untuk menjadi lebih cemerlang
 Topik yang dibentangkan meliputi pengenalan kepada NLP, rapport, logical level, model komunikasi NLP, sistem deria VAK, predikat, kue akses mata dan lain-lain.
 Makanan dan tempat ditaja oleh Kumpulan Kejuruteraan Geoteknik dan Geosekitaran, UKM.

 Makanan yang disediakan oleh Puri Pujangga UKM secara buffet menyelerakan.
 Pensyarah dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM
 Pada hari kedua, satu slot dikendalikan oleh Hanida Haron untuk memberi tips mengenai pengacaraan majlis dan terapi melalui lukisan.

 Peserta sedang melukiskan satu pemandangan mengikut arahan
yang diberi.
 
 Penerangan mengenai sifat diri dilakukan menerusi lukisan yang dihasilkan oleh peserta.
Seterusnya topik NLP mengenai anchoring, tripple A, reframing, pattern dalam NLP, program meta, teknik pembentangan efektif dan lain-lain diterangkan sehingga tamat bengkel pada pukul 5 petang.  

No comments:

Post a Comment