Saturday, September 29, 2012

NEWS: PSH bantu Malaysia jadi negara baru

Oleh KAMIL MASLIH pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diiktirafkan sebagai tunggak ketiga dalam sistem pembangunan sumber manusia mampu membantu Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah negara baru. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya percaya dengan adanya PSH, ini akan menggalakkan lebih ramai lagi rakyat terus belajar tanpa henti.

"Kalau dilihat negara-negara yang telah jauh meninggalkan kita dari segi pembangunan seperti Korea Selatan dan Jepun, mereka telah mengukuhkan satu lagi tahap pembelajaran dalam negara iaitu PSH. "Sehubungan itu, satu Pelan Induk Pembudayaan PSH negara telah dibangun dan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada November tahun lalu dan program ini dinobatkan sebagai tunggak ketiga dalam sistem pembangunan sumber manusia di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (My3L) Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian, Datuk Omar Abd. Rahman. Jelas Mohamed Khaled, Pelan Induk Pembudayaan PSH meletakkan sasaran kadar penyertaan dari 10 peratus pada 2010 kepada 50 peratus menjelang 2020.

Katanya, definisi PSH dirangka untuk merangkumkan pembelajaran berterusan oleh golongan rakyat berumur 15 tahun ke atas dan ia tidak termasuk pelajar profesional iaitu belajar sepenuh masa serta golongan yang memasuki alam pekerjaan buat pertama kali.

Sumber: Internet


PSH sudah lama diterapkan oleh Board of Engineers, Malaysia. Semua jurutera profesional wajib mengumpul 50 jam PSH (dikenali sebagai CPD) setiap tahun untuk mengekalkan status P. Eng (Ir). UKM juga sudah mula memperkenalkan PSH dengan 40 jam setahun bagi kakitangan akademik.

Sesuatu yang menarik ialah saya selalu dikatakan seiras dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terutama bagi mereka yang baru jumpa dengan saya. Kawan saya pun ada yang tersilap menyangka Datuk Seri sebagai saya di airport, nasib baik dia tak pergi tampar bahu Datuk Seri M. Khalid Nordin. Bagi yang kenal abang saya pula terutamanya dari UPSI, bila jumpa saya dan dengar nama "Kasa", terus tanya "Adik Pak Ya?" (kawan rapat dia) atau "Adik Prof Zek?" (staf UPSI), senang saya nak buat rapport dengan mereka. Tak perlu buat mirroring dalam NLP. :) - Dr AK 

Dr AK: JOHAN META-STATES - Siri 03

Turus Ali Khan melihat ke arah skrin rata visualator, namun mindanya berputar ligat menginggatkan perbincangan dengan anak sulungnya, Jusa Serrefina yang sama bekerja di Institut Meta-State Engineering (IMSE), Menara Gading Gadjah Muda (MGGM). Dia perlu membuat keputusan sama ada hendak dibawa ke pihak atasan atau menolak saja cadangan anaknya di peringkat Institut lagi.

"Boleh Jusa Serrefina berikan alasan mengapa IMSE perlu menerima manusia biasa belajar di menara gading ini?" tanya Turus Ali kepada anaknya yang singgah di bilik selepas mengajar Johan terbang. Dari dalam bilik, Turus Ali dapat melihat Johan yang sedang duduk berehat, menunggu anaknya melalui cermin satu hala.

"Seperti yang Turus Ali tahu, saya adalah cendikiawan Law of Meta-Attraction. Semalam saya menerima satu daya fisikal dari alam manusia. Melalui kajian literasi, belum pernah daya fisikal dilancarkan dari alam manusia ke alam kita. Ianya bukan hanya gelombang positif seperti yang kita tahu dari Law of Meta-Attraction tetapi gelombang itu datang bersama dengan daya yang boleh dirasai. Ini bermakna kita boleh mengerakkan apa yang kita bayangkan! Dan bayangkan kepentingannya jika kita tahu struktur bagaimana ia dilakukan. Saya perlu mengkaji manusia di luar sana untuk melonjakkan ilmu Law of Meta-Attraction ke tahap yang lebih tinggi dan sudah tentunya melonjakkan juga penerbitan IMSE." jawab Puteri Serrefina, sengaja menegaskan perkataan "penerbitan" kerana tahu akan kelemahan Kepala IMSE yang sangat peka dengan perkataan itu.

"Boleh Jusa Serrefina terangkan apa yang berlaku semalam? Dan apakah kaitannya dengan manusia di luar sana? Bagaimana dia boleh datang ke sini?" tanya Turus Ali, cuba memahami perkara yang berlaku semalam.

Puteri Serrefina rasa terperangkap, berfikir dan membuat keputusan untuk memberitahu ayahnya, bukan sebagai Kepala IMSE. "Ayah! Semalam saya terima satu tamparan yang kuat di pipi kiri dari daya yang datang dari alam manusia. Manusia di luar sanalah yang melakukan visioning dan tamparan itu berlaku semasa visioning yang dilakukannya. Saya perlukan dia untuk mengkaji struktur bagaimana dia melakukannya. Dia juga sudah setuju untuk tinggal di alam kita dan belajar di menara gading ini. Dia anak yatim piatu, hidup di alam manusia keseorangan, sentiasa dihina dan diperolok-olokkan oleh kaumnya, kesian pada dia, Ayah!" beritahu Puteri Serrefina untuk menarik simpati ayahnya.

Turus Ali bangun, mematikan pendingin udara dan menolak suis cahaya kerana tidak mahu menggunakan kemudahan di tempat kerja untuk urusan keluarga, kemudian berkata "Anakku, sudahkah kau fikir masak-masak? Kehadiran manusia di sini untuk jangkamasa yang panjang tentu akan mengganggu kehidupan di alam manusia kerana jasadnya masih di sana."

Puteri Serrefina berfikir sejenak, kemudian berkata "Sudah Ayah! Pembelajaran di sini cuma tiga tahun sahaja. Masa di alam ghaib ke-tujuh lebih cepat dari masa di alam manusia. Cuma tiga minggu di alam manusia! lagipun saya sudah arahkan ketujuh puteri di bawah seliaan saya untuk memaklumkan Penghulu Bunian di alam ghaib yang pertama. Tugasan itu sudah dilaksanakan oleh mereka. Tok Syeikh berjanggut putih juga telah mengarahkan Pawang Hitam, dukun di kampung pemuda ini untuk menjaga jasad yang ditinggalkan." kata Puteri Serrefina dengan penuh yakin.

"Baiklah! cuba ceritakan pada Ayah apa sebenarnya yang telah berlaku semalam", kata Turus Ali, akur dengan kesungguhan anak sulungnya itu. Puteri Serrefina menceritakan dari mula hingga akhir apa yang telah terjadi, dari atas pohon kelapa hinggalah Johan berada di luar bilik.

Johan yang sedang menunggu masih menyelami apa yang dikatakan oleh Puteri Serrefina sebelum masuk ke dalam bilik Kepala Meta-State Engineering. Kata-kata Puteri Serrefina masih terngiang-ngiang dalam mindanya. "Kami tidak membezakan para cendikiawan, pangkat yang ada cuma Turus untuk lelaki dan Jusa untuk wanita. Mereka adalah "guru" dan yang lainnya adalah "murid". Nabi akhir zaman tidak membezakan para ilmuan, yang utama ialah "mengajar" dan "belajar". Dua-duanya mulia pada pandangan Tuhan. Yang membezakan mereka ialah iman. Keimanan tidak boleh diukur dengan ketinggian ilmu atau jumlah penerbitan yang dilakukan". 


Bersambung... <<Siri 04>> Dr AK

Dr AK: Meeting & Site Visit di Ipoh

Sabtu, 29 Sept. 2012. Mesyuarat di Ipoh dengan developer mengenai satu projek yang melibatkan kejuruteraan geoteknik di tanah bekas lombong. Selepas meeting pekena Kari Kepala Ikan yang terbaik pernah saya rasa di sebuah restoran di sana. Kemudian ke tapak untuk melihat keadaan tanah yang perlu dibaikpulih.











Friday, September 28, 2012

Dr AK: Kemahiran Persembahan


Jumaat, 5 Oktober 2012, satu slot mengenai "Presentation Skills" selama dua jam akan diadakan untuk kursus Projek Rekabentuk. Selain menerangkan teknik 3A (Akses, Amplify dan Anchor) dan meta-stating untuk mengatasi masalah gugup dan meningkatkan keyakinan diri sebelum memberi persembahan umum, ada 15 perkara yang akan dibincangkan dengan pelajar tahun akhir mengenai persembahan yang efektif.

1. Rapport Dengan Penonton
2. Melibatkan Penyertaan Dan Kalibrasi Penonton
3. Menyauh Spatial Dan Gesturing
4. Induksi Keadaan Diri Dan Penonton
5. Melakukan 4 MAT (Why, What, How & What else)
6. Keberkesanan Suara (Tone, Sauh Analog, Pause)
7. Demo Dan Pengetahuan Subjek
8. Metafora Dan Penceritaan
9. Pertanyaan Dan Soalan Relevan
10. Kerangkaan; Permulaan, Pertengahan Dan Akhir Sesi
11. Menangani Soalan & Isu
12. Penyampaian VAK Secara Fleksibel
13. Kawalan Penonton Dan Peripheral Vision
14. Ayat-ayat Yang Mempengaruhi
15. Kawalan Pentas & Pentadbiran

Tuesday, September 25, 2012

Dr AK: Kursus MATLAB Semester 1 UKM

Salam semua,

Untuk penyelidik sarjana (MSc & PhD) terutamanya yang mendaftar di UKM, jika berminat untuk mengikuti kursus MATLAB pada semester ini, ia diadakan pada:

Hari:  Setiap Khamis
Tempat: Makmal CAD/CAM, FKAB, UKM
Masa: 10 pagi - 12 tengahari
Seat kosong: 5 sahaja

Tiada bayaran dikenakan. Yang penting MATLAB digunakan dalam penyelidikan.

Dr AK.






Monday, September 24, 2012

IKLAN: Mine Lines 20 - 21 Oktober 2012

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Mind lines, adalah baris yang boleh mengubah minda.
Program ini akan menjelaskan 7 Arah Pemikiran Minda dan 27 Kaedah bagaimana Framing dan Reframing dapat dilakukan. Ianya adalah satu program padat yang akan mengupas bagaimana  Meta-States dan Sistem Representasi terbentuk. Ianya menunjuk cara dan perbandingan diantara keupayaan Submodaliti dan Meta Stating.

Program akan diadakan selama 2 hari (20-21 hb Oktober 2012)

Sila Lihat lampiran untuk maklumat selanjutnya atau hubungi 03-55134588/03-55134462.






IKLAN: LAB Profile 8-10 Oktober 2012

Adakah anda seorang yang banyak terlibat dalam komunikasi mempengaruhi? Jika anda seorang pemimpin, pengurus atau penyelia pastinya anda tidak terlepas dari berkomunikasi untuk meminta seseorang mengikut arahan atau melakukan sesuatu untuk anda? Jika anda seorang guru, trainer, coach atau lain-lain pastinya komunikasi mempengaruhi menjadi lebih penting untuk menentukan pandangan atau saranan anda diterima. Jika anda seorang ibu bapa pastinya komunikasi mempengaruhi menjadi alat yang begitu penting dalam menyakinkan anak-anak anda mendengar kata-kata anda.

Dan bagaimana pula jika anda bukan sahaja seorang pengurus tetapi juga adalah seorang coach atau trainer untuk organisasi anda, dan lebih dari itu anda juga merupakan seorang bapa atau ibu kepada anak-anak anda. Tidakkah komuniksi mempengaruhi menjadi begitu penting dalam ketiga-tiga peranan anda tadi?

Adakah anda mendapati komunikasi mempengaruhi sesuatu yang sukar bagi anda? Tidakkah anda mahu komunikasi mempengaruhi anda menjadi lebih mudah dan berkesan?

Sebenarnya melalui LAB Profile (Language and Behaviour Profile) komunikasi berkesan dan mempengaruhi menjadi lebih mudah. Pastinya anda sedia termaklum jika anda dapat mengetahui bagaimana seseorang itu befikir maka mempengaruhinya akan menjadi lebih mudah. Jika anda tahu gaya dan arah pemikirannnya ia akan menyenangkan tugas anda. Contohnya, ada orang makan ubat kerana mahu mengelak dari sakit. Ini adalah pemikiran ‘Mengelak daripada’. Ada orang pula makan ubat kerana mahu sentiasa sihat. Ini pula gaya pemikiran ‘Menuju Kepada’.

LAB Profile menunjukkan cara bagaimana ini dan 13 lagi corak pemikiran utama manusia dalam usaha untuk memudahkan komunikasi berkesan dan mempengaruhi.

Program LAB Profile selama tiga hari akan diadakan pada 8-10 Oktober 2012

Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Suzana (018-3662094) atau Fina (0192719961).

Sekian, terima kasih.

fina

Sunday, September 23, 2012

Dr AK: JOHAN META-STATES - Siri 02

Bunyi burung cak raya berkicau di dalam sarang di hujung atap rembia bagaikan musik yang meransang Johan untuk tenggelam dalam minda tak sedar, masuk ke dalam gelombang alpha.

Dia teringat pertemuannya dengan Puteri Serrefina selepas terjatuh dari pohon kelapa. Mujurlah dengan kebijaksanaan dan kepekaan Puteri Serrefina, dihantarnya tujuh puteri bunian, melayang-layang  menyambut Johan ketika jatuh. Jika tanpa bantuan dari Puteri Serrefina dan ketujuh puteri bunian itu, sudah tamatlah riwayat Johan. Pohon kelapa di tepi sawah itu memang tinggi, tidak kurang dari 40 kaki.

Semasa jatuh dari pohon kelapa, dunia terasa kelam, penglihatannya kabur dan apabila sedar, dia sudah berada di dalam sebuah bilik yang serba putih. Tidak lama kemudian datang seorang wanita yang mengelarkan dirinya Puteri Sulung. Dia dibawa ke sebuah bilik yang tertera nama "Jusa Serrefina Pekkela", Cendikiawan Law of Meta-Attraction ™ di pintu bilik.

Dari Puteri Serrefinalah Johan tahu dia berada di alam ghaib yang selari dengan alam manusia. Menurut Puteri Serrefina, terdapat tujuh alam ghaib yang selari dan mereka berada di alam yang ke-tujuh, tertinggi sekali di mana amat sedikit manusia yang mampu sampai ke situ. Dia mampu ke alam itu kerana kebolehannya melakukan visioning, kata Puteri Serrefina.

"Visioning yang awak lakukan bukan tahap biasa, tapi tahap yang tinggi. Awak mampu associatekan diri awak sepenuhnya dalam vision yang awak reka sehingga menghasilkan perbuatan external. Pada tahap meta-states, awak menampar isteri dalam vision awak dan pada masa yang sama awak menampar pelepah kelapa dalam realiti. Itu satu visioning yang hebat", kata Puteri Serrefina menerangkan kebolehan Johan.

Johan rasa bangga, tersengih lalu bertanya "Bagaimana Puteri tahu saya sedang melakukan visioning dan sempat pula menolong saya dalam masa yang amat singkat?"


"Apa yang kita fikir, apa yang kita sebut, apa yang kita lakukan semuanya adalah doa. Berfikir, bercakap dan melakukan sesuatu yang positif ke arah niat kita dengan bersungguh-sungguh terutamanya di peringkat meta-states akan memantulkan gelombang yang akan menarik tenaga yang positif datang. Itu adalah asas Law of Meta-Attraction ™ dan saya adalah cendikiawan dalam bidang ini. Bila awak melakukan visioning di atas pohon kelapa, saya menerima gelombang tersebut dan menyuruh tujuh puteri bunian di bawah seliaan saya untuk menyelamatkan awak ketika jatuh." jawab Puteri Serrefina.  

"Mungkin awak belum sedar, di alam ini kita tidak tertakluk kepada hukum graviti seperti di alam manusia. Saya, awak dan semua makhluk di sini boleh bergerak bebas dengan pantas; boleh berjalan, boleh berlari dan juga terbang. Mari saya tunjukkan", kata Puteri Serrefina sambil mengajak Johan keluar dari biliknya. Johan dibawa keluar dari bangunan yang dinding dan siling semuanya berwarna putih.

Di luar bangunan, Johan dapat melihat satu komplek bangunan berwarna putih yang sangat canggih, bertingkat-tingkat dan amat mengagumkan hatinya. Dia dapat melihat dan mendengar percakapan beberapa pemuda dan pemudi di sekelilingnya yang berpakaian serba putih dan membawa kitab di tangan mereka seperti murid yang sedang belajar di dalam sebuah institusi pengajian tinggi. Bila mendongak, Johan dapat melihat beberapa wanita sedang terbang, kemudiannya turun dan masuk ke dalam bangunan di hadapannya.

Apabila sampai di sebuah padang rumput yang luas dan hijau, Puteri Serrefina menyuruh Johan membayangkan dirinya boleh terapung dan terbang. Johan memejamkan mata dan mula membuat visualisasi. Dia bayangkan dirinya berlari di atas batas bendang seperti itik dan mula terbang, terbang dan terbang menuju ke atas bangunan yang tertinggi di komplek itu. Kemudian, dia dan Puteri Serrefina bersama-sama makan kuaci sambil melihat keindahan pemandangan di situ. Oh! Sungguh indahnya.  

"Hentikan! itu cuma bayangan disassociated. Awak tidak boleh terbang jika awak disassociatekan diri awak. Saya mahu awak associatekan diri awak, "See what you see, hear what you hear and feel what you feel", macam awak tampar isteri awak di atas pohon kelapa. Kan awak betul-betul tampar dia, dia rasa sakit tau! Awak mesti rasakan apa yang awak sedang buat, bukan awak melihat diri awak melakukannya" kata Puteri Serrefina.

Johan tersentak mendengar suara Puteri Serrefina yang agak keras dan berhenti dari visualisasinya. Dia faham apa yang Puteri Serrefina maksudkan. Kemudian dia bayangkan dirinya terapung dan merasakan dirinya benar-benar terapung. Tanpa diduga, tiba-tiba badannya terpusing ke bawah. Terkial-kial Johan membetulkan badannya supaya tegak seperti biasa. Puteri Serrefina hanya tersenyum melihat Johan berlatih untuk belajar terbang.

Setelah membiasakan diri, Johan mampu mengarahkan dirinya untuk terbang ke arah mana yang difikirkannya dalam keadaan mata terpejam. Tidak lama kemudian, Johan mampu terbang dalam keadaan mata terbuka pula. Pengalaman dan kemahiran membuat visualisasi dalam keadaan jaga sebelum ini menjadikan Johan cepat untuk belajar terbang ke arah mana yang diinginkan. Dia gembira merasai pengalaman itu.

Ketika melihat Johan terbang ke arah bangunan yang paling tinggi di komplek itu, Puteri Serrefina mengosok pipi kirinya. Masih terasa pedih. Walaupun dia seorang cendikiawan termasyur Law of Meta-Attraction ™, dia juga masih tidak mengerti bagaimana gelombang begitu kuat sehinggakan tamparan Johan di alam manusia boleh merentasi tujuh alam ghaib dan mengenai pipi kirinya.

bersambung... <<Siri 03>>  Dr AK
Key words: Law of Meta-Attraction, Associate & Disassociate

Saturday, September 22, 2012

Dr AK: JOHAN META-STATES - Siri 01



"Johan Meta-States" adalah sambungan daripada cerita "Mat Jenin" yang meletup pada suatu masa dulu. Ianya divisualisasi, dikarang dan diterbitkan untuk mengisi kekosongan bahan kesusasteraan Meta-State Engineering ™ yang meliputi Neuro-Linguistic Programming (NLP), Neuro-Semantics (NS), Law of Meta-Attraction ™, Meta-Hypnosis ™, Time-Line Meta-Therapy ™ dan seangkatan dengannya. Semoga kisah ini membantu pembaca memahami ilmu kecemerlangan diri dengan lebih mudah secara santai.  Bagi yang belum kenal atau ingat-ingat lupa cerita asal Mat Jenin boleh:  <<Klik Sini>>
===========================================

"Kan nama Mat Jenin tu sedap didengar, mengapa Cu hendak tukar kepada Johan pula?" tanya nenek kepada Mat Jenin yang duduk bersandar di hujung katil beralaskan bantal berwarna kuning. Dari kain cadar, kelambu, tirai dan pakaian Mat Jenin semuanya berwarna kuning. Nenek sabar menunggu suara yang bakal keluar dari mulut Mat Jenin, matanya difokuskan pada bibir Mat Jenin, bagai menunggu berlian keluar dari mulut itu. Sudah tiga hari Mat Jenin terjaga dari lena yang panjang setelah jatuh dari pohon kelapa.

Semua orang termasuk nenek menyangka Mat Jenin sudah meninggal dunia. Ketika diangkat ke rumah ketua kampung, badannya lemah, tidak bergerak langsung. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia bernyawa lagi sehinggalah Pawang Hitam datang menjengguk apabila dijemput oleh Husin, anak Penghulu Hasan. Setelah membaca jampi serapah dan ketika asap kemenyan berkepul-kepul mengeluarkan bau yang semerbak, Pawang Hitam memukul-mukul mayang pinang ke tubuh Mat Jenin yang terkujur layu. Kemudian Pawang Hitam seolah-olah bercakap-cakap sesuatu dengan makhluk yang tidak dilihat oleh mata kasar yang ada di situ.

Sejak kejadian itulah nenek disuruh oleh Pawang Hitam menyediakan pakaian berwarna kuning, kelambu berwarna kuning, langsir berwarna kuning, serba-serbi berwarna kuning untuk kegunaan Mat Jenin. Kata Pawang Hitam, Mat Jenin dalam jagaan bunian, dia sedang dilatih untuk menjadi Pawang Besar yang hebat oleh Tok Syeikh berjanggut putih, ketua penduduk bunian yang tinggal dihujung kampung mereka, bersebelahan dengan hutan simpan kerajaan. Walaupun Mat Jenin bukanlah cucu darah dagingnya, nenek sanggup menunaikan permintaan Pawang Hitam itu kerana rasa bersalah, sedikit sebanyak dia juga terlibat atas bencana yang menimpa Mat Jenin.    
 
Dengan nada yang lemah Mat Jenin bersuara, "Saya benci dengan nama Mat Jenin Nek. Dengan nama itulah saya dihina. Dengan nama itulah saya terjatuh dari pohon kelapa, dan dengan nama itulah saya akan diejek sepanjang zaman. Mereka tidak faham apa itu visioning dan apa itu well-formed outcome". Nenek yang sedang memberi sepenuh perhatian semakin binggung. "Apa yang kau merepek ni Cu, Nek tak faham. Apa itu visioning? apa itu well-formed outcome Cu?" kata nenek, tidak mengerti bahasa Inggeris yang kadang-kadang keluar dari mulut Mat Jenin.

Sejak sedar dari tidur yang panjang, banyak perkataan pelik yang disebut oleh Mat Jenin. Kebanyakannya bahasa Inggeris. Setahu nenek Mat Jenin tidak pernah berbahasa Inggeris sebelum jatuh dari pohon kelapa. Semasa tidak sedarkan diri selama tiga minggu, nenek selalu dengar perkataan Inggeris disebut oleh Mat Jenin ketika mengigau di tengah malam, "That's your map and it's not a territory... That's your map and it's not a territory.... That's your map and it's not a territory" dan ada juga sekali-sekala "See what you see, hear what you hear and feel what you feel...", nenek tidak mengerti apa yang sedang berlaku pada Mat Jenin dalam mimpinya. 

Mat Jenin membisu lagi, dia tahu kalau diterangkan kepada nenek, pasti nenek akan lebih bingung dan pasti dia terpaksa melayan lebih banyak soalan lanjutan dari nenek. Dibiarkan pagi yang cerah disirami cahaya matahari dari celah dinding papan gerobok nenek berlalu dengan sepi. "Rehatlah Johan! Nek mahu ke kebun mencari pucuk ubi untuk dibuat ulam", kata nenek tidak mahu melengahkan waktu, banyak yang mahu dilakukannya sebelum matahari terik.

"Baiklah Nek", kata Johan sambil tersenyum puas, dia gembira nenek sudah menerima nama barunya, Johan. Nenek yang sedang berjalan tiba-tiba berpaling dan bertanya "Johan saja Cu, tak ada tambah-tambah lagi?". Johan berfikir kemudian menjawab, "Selamat! Ya! Johan Selamat, Nek". Nenek mengangguk dan tersenyum, dalam hatinya berkata "Memang sesuai, Johan Selamat... macam cerita Ibu Mertuaku, Kassim Selamat... ".  

bersambung... <<Siri 02>> Dr AK

Friday, September 21, 2012

Dr AK: Certified NLP for Teachers di Bangi

22-23hb. September 2012. Bengkel "Certified NLP for Teachers" diadakan di Bandar Sri Putra, Bangi. Fasilitator hebat yang mengendalikan kursus ini ialah Mr. K dan Mohd Hamka. Peserta terdiri daripada pelbagai profession terutamanya guru dan kaunselor.

"Saya teruja melihat Mr. K dan Hamka menyampaikan NLP for Teachers. Banyak ilmu yang dapat saya kutip dari mereka yang begitu dedikasi dengan NLP. Saya tidak teragak-agak untuk memberi rekomen kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu NLP. Mereka tahu apa yang mereka buat.

Apa yang saya bawa balik hari ini? Saya akan ingat kata-kata Mr. K, "kitalah (ibu-bapa) yang merosakkan nilai-nilai murni yang ada dalam diri anak-anak jika tiada pengetahuan NLP"... kata-kata yang menyentuh hati kerana kebenarannya boleh dilihat, didengar dan dirasa di mana-mana. Saya juga akan sentiasa ingat paten "Coklat Godiva" dari Hamka untuk menukarkan kelakuan dari "tidak boleh minum madu" kepada "boleh minum madu", dan terbukti peserta boleh minum madu. Excellent job!" - Dr AK. 














Dr AK: Visual Squash Pattern

Klinik Meta-State baru saja berlansung sebanyak dua sesi, iaitu pada setiap Jumaat 9 pagi hingga 12 tengahari. Setiap sesi saya terima seorang klien saja. Sesi pertama dengan mahasiswa universiti yang ingin "tenang" dan sesi kedua dengan kakitangan akademik yang mahu "good mood" di samping coaching one-to-one (teknik NLP).

Untuk menyelesaikan masalah mereka, saya telah menggunakan "Visual Squash Pattern" iaitu "tenang vs. tak tenang" dan "good mood vs. bad mood". Untuk salah seorang saya guna "Mending a Broken Heart Pattern" untuk melupakan sesuatu yang wujud dalam diri klien. Rasa gembira bila dapat membantu, teknik Visual Squash seperti klip video.

Thursday, September 20, 2012

Dr AK: Penyelidik! Tuan perlukan Artificial Neural Networks


Salam ceria kepada semua penyelidik,

Saya perihatin kepada penyelidik yang sedang berjuang dalam Program Master & Ph.D. Mungkin minda anda sedang kusut untuk menyelesaikan masalah penyelidikan?

(i) Bagi yang baru mula, mungkin mencari idea untuk tajuk penyelidikan
(ii) Bagi yang sedang menjalankan penyelidikan, mungkin tercari-cari metodologi yang sesuai untuk analisis data
(iii) Bagi yang di akhir penyelidikan, mungkin keputusan analisis tidak memuaskan, terpaksa tukar kaedah baru.

Apa pun bidang pengajian anda; Kejuruteraan, Pendidikan, Ekonomi & Perniagaan, Kehakiman, Perubatan, Sains Tulen, Sains Teknologi Maklumat, Matematik, Psikologi, Sains Sosial, Pengajian Islam, Politik dan lain-lain, anda perlu melakukan analisis ke atas data penyelidikan. Anda boleh lihat contoh masalah di bawah dan fikirkan masalah anda, mungkin Artificial Neural Networks (ANN) boleh membantu. Mungkin anda telah membuat survei atau kajian makmal dan mempunyai banyak data Input dan Output seperti di bawah;

(i) Sains Perikanan
Data Input:  (1) berat ketam, (2) lebar ketam, (3) saiz penyepit dan lain-lain.
Data Output: (1) jantina ketam

(ii) Sains Kesihatan (Perubatan)
Data Input: (1) saiz leher, (2) saiz pinggang, (3) berat badan dan lain-lain
Data Output: (1) kandungan lemak dalam badan

(iii) Ekonomi
Data Input: (1) jarak dari pekan, (2) kadar jenayah, (3) jumlah penduduk dan lain-lain
Data Output: (1) harga rumah

(iv) Kejuruteraan
Data Input: (1) beban, (2) diameter bahan, (3) jenis bahan, dan lain-lain
Data Output: (1) kekuatan maksimum

(v) Penyelidikan Anda
Data Input: fikirkan sendiri Input
Data Output: fikirkan sendiri Output


Jika anda mempunyai banyak data Input dan Output, kemudian ingin menganggar (predict) nilai Output berdasarkan data Input dan Output yang sedia ada, penggunaan ANN adalah sesuai terutama apabila kaedah Statistik tidak memberi kejituan yang diingini.

Dan jika anda perlu menghasilkan Sistem atau Perisian untuk menganggar nilai Output bila nilai Input diketahui, anda boleh menggunakan MATLAB.

Atau jika anda hanya ingin mengetahui hubungan dalam bentuk persamaan antara nilai Input dan Output, anda perlu tahu kaedah Statistik yang "advanced" terutama apabila mempunyai data Input lebih dari satu, misalannya ada 10 Input. Anda mungkin menggunakan model matematik sekurang-kurangnya Multiple Linear Regression (MLR).


Anda tidak perlu mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk mengetahui ANN dan Kaedah Statistik Advanced untuk menyelesaikan masalah anda, dengan hanya dua hari, anda dapat menyelesaikannya.

Bengkel "Fundamental of MATLAB & Artificial Neural Networks":
http://www.bengkelmatlab.com/

Dan jika anda sudah terlalu "meta" dalam penyelidikan, silalah ke "Klinik Meta-State", dibuka untuk appointment setiap Jumaat. :) 

Yang perihatin,

Ir. Dr. Anuar Kasa

P/S: Banyak data Input dan Output di luar sana seperti di sekolah, hospital, mahkamah, bank, pejabat kerajaan, kawasan pilihan raya, kelab malam, lautan, langit, bandar, kampung, padang bola, pasaran saham dan lain-lain yang mana ANN dapat membantu untuk membuat keputusan yang tepat dan jitu.